GARA-GARA KE SEKOLAH WAKTU PETANG..


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Rata-rata umat Islam dah pulang ke kampung masing-masing
sempena perayaan aidiladha 

semoga selamat hendaknya dalam perjalanan
yong tak da balik mana-mana,sebab dok dengan mak ayah

Alkisah petang semalam
yong tertinggal purse dekat sekolah
terpaksa la bergegas kesekolah
area pukul 3 keluar dari rumah

yang siti zubaidah mata dah mengantuk
nak suruh tidur,dia nampak yong bersiap-siap pakai tudung
apa lagi,dia tunggu tak ke mana dah la
dok dalam bilik tengok ummi dia bersiap
pastu dia cakap : ikut mii (ikut ummi)

memula mak cakap tak payah bawa la,nanti mak bagi tidur
tapi rasa kesian plak,bagi mak rehat la pulak time petang
yong dah ada di rumah,ambil alih tugas la

maka,bersiap la jugak si kecik tu
seronok sangat pakai baju nak ikut ummi

tak sampai 10 minit dalam kereta
dia LENA !!



dan .. program nak singgah kedai beli serba serbi tertangguh
nak pergi bank ambil duit pon tak payah!

takkan nak biar enjin running,
yong masuk bank,masuk kedai ?

Post a Comment

0 Comments