22 October 2014

BILA ABANG-ABANG PLUS RONDA DATANG..


assalamualaikum

hari ni nak story tentang perkhidmatan plus ronda 
di sepanjang lebuhraya tu




alkisahnya..
hujung minggu lepas,yong bercuti di kedah
dari perak,drive berdua ja dengan si kecil siti zubaidah
disebabkan dari tengahari dia tak tidur,
elok yong keluar dari rumah ja,dia pun lelap
memang behave sangat ^^

yong singgah kat seberang jaya untuk solat asar
time tu pon dah nak dekat pukul 7
siap oder dominos lagi

and perjalanan diteruskan
tup tup siti zubaidah cakap
mi....muntahhh

eh..cuak dah aku
betoi ka dia nak muntah
dia dah pandai cakap dah sekarang ni
muka dok nak tereyak pulak dah

dok tak dok
habis dia termuntah kat kusyen sebelah driver tu
keluar habis milo dia minum tadi
nak kata banyak sangat..ada la dalam setengah kotak
sebab yong dah minum lebih dari setengah kotak 
sebelum bagi dia minum

apa lagi,bagi signal
berhenti kat lorong kecemasan la
terkedek-kedek yong keluar ambil kain,ambil botol air
jadi kerja pulak dok mengelap muntah si kecik tu

and kereta plus ronda parking baekkk punya di belakang kereta yong
ada dalam 5 minit jugak xdak siapa yang turun
yong pon teruskan kerja-kerja mencuci

" anak muntah ke kak "
seorang lelaki tercegat kat blakang kereta yong tanya

 " ye .. '

" tak apa lah,kami tunggu sini takut ada kereta lain datang hentam kereta kak "

" terima kasih "

alhamdulillah
setel tukarkan baju siti zubaidah & lapik tempat duduk dia dengan kain batik
lembap sikit la jadinya
zubaidah pun cakap '' sejukk " sambil pegang kusyen kereta

hehe..sejuk la sayang...ummi dah lap muntah tadi

and.. sambung drive ke alor setar~






1 comment:

  1. blogwalking jap . jemput singgah blog parihh :) http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete