24 September 2014

JELAJAH PULAU PINANG : PART 1 #MUZIUM INTERAKTIF PENANG


assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni nak story mengenai lawatan sekolah semalam

semalam ada yang bertanya yong kemana bila yong up entry TRAVELLING ni
maka hari ni yong akan ceritakan semuanya
cewah~

biasanya hujung tahun aktiviti paling murid-murid tunggu ialah LAWATAN
tak kisah lah kemana..cikgu-cikgu yang pening handle nak ke mana
hihii..alhamdulillah,seperti yang di rancang,kami round sekitar pulau punang ~

Antara tempat-tempat lawatan kami ialah :

1. Made In Penang Interactive Museum
2. Bukit Bendera
3. Taman Rama-rama
4. Padang Kota Lama

Makanya,yong nak story tentang Muzium Interaktif saja dalam entry ni

" Made In Penang Interactive Museum" ni salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang.Mula dibuka untuk orang awam pada 1 Nov 2013.Ianya merupakan muzium interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar mengikut pelbagai kreativiti  kita yang pasti akan menarik minat tak kira golongan muda atau tua. Mural-mural yang dihasilkan juga merupakan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.


Jom layan gambar-gambar yang kitorang ambil dalam muzium ni

Kreatif sangat tau,real ja dalam gambar.hihi+


Ni bergambar kat pintu masuk , 
sempat lagi minum kopi dengan ketua menteri YB Lim Guan Eng~




actually,nak bergambar haruslah pandai guna kreativiti & imaginasi
Dekat setiap gambar ni,ada tempat khas diorang dah tanda untuk korang berdiri agar gambar korang nampak real dengan situasi di situ.
( tak sempat lak nak snap yang ni )

Macam gambar sangkar angry bird tu,
yang member pegang sambil tengok cermin tu baru betul!
gambar kat bawah ni kami main snap ikut suka ja padahal sepatutnya macam gambar di atas,korang berdiri sambil angkat tanagn sikit,muka paling ke arah cermin,baru la imej macam angkat sangkar..
nasib la ada pekerja muzium yang sempoi,ajar kami cara nak snap dengan betul~



part gambar macam cermin ni memang macam creepy sikit
kikikii
sorang dok luar,sorang masuk dalam.
Bila dah snap gambar,hasilnya memang macam mirror-mirror on the wall laa





part ni paling tak leh blah
tergantung dengan spiderman kunun~

ekspressi wajah itu penting !

ni sebenarnya lukisan atas lantai
korang kena berbaring & buat aksi

*****

ha... amacam ?
menarik kan

pasni yong akan sambung plak 
JELAJAH PULAU PINANG : PART 2 # BUKIT BENDERA 

tunggu ~

3 comments:

  1. @aswadz : i-city x penah pegi lagi..ngeee..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    ReplyDelete