04 September 2014

DEMAM LOOM BANDS : CIKGU JADI NAGA


assalamualaikum

Pastinya semua orang tahu
sekarang ni musim budak-budak main benda alah ni
nama dia LOOM BANDS
kalau zaman yong dulu takda camni
yang ada gelang getah buat main zeropoint ja
heheh

kisahnya
bila dah jadi treng,habis belaka la anak murid dok pakai dalam kelas
beli banyak-banyak pulak tu
yang nak hangin tu kita dok mengajar
depa dok ralit menganyam di bawah meja
memang mendapat la harta rampasan perang !
kikiki


oh ye,untuk pengeahuan anda ,
PRINCE CHARLES,DAVID BECKHAM antara selebriti yang dok pakai juga benda alah ni
cantik memang cantik tapi awas..bahaya menanti

The Birmingham Assay Office iaitu sebuah syarikat bebas yang menguji keselamatan mainan melapurkan bahawa daripada 16 paket yang telah diuji, kebanyakkan daripadanya tidak melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan kerana kandungan phthalates yang tinggi di dalamnya. Undang-undang membenarkan kandungan phthalates adalah 0.1 peratus mengikut berat bahan dalam mainan dan barang-barang penjagaan kanak-kanak tetapi dari 16 paket yang diuji, kebanyakkannya mengandungi lebih 50% kandungan phtalates.
Phtalates ialah bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik lebih selamat dan mudah dibentuk tetapi ia juga merupakan karsinogen yang dikawal ketat, terutamanya mainan mudah dimasukkan ke dalam mulut oleh kanak-kanak.
Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

boleh baca di sini tentang bahaya loom bands ni

plus cikgu kat sekolah ni pun mata dah terkena lastik dengan budak-budak
sabo je laaa

kita bukan nak menyekat perkembangan kreativiti pelajar
tapi,diorang buat time pembelajaran,tak patut la
tak bagi perhatian pada pelajaran
nanti balik rumah,main la puas-puas sayang
plus ada yang sanggup habiskan duit beli benda alah ni
tapi bila bab nak belajar,pensel tak ada,kaler tak ada,ever pemadam yang 20 sen pon tak ada.alasan tak da duit.apekah ??

mau la cikgu dia nak jadi naga ~

sod..baa..ro

SABAR !

2 comments:

  1. fifi try gak bende alah ni few weeks ago, last last buat sepah meja je xjdik haha

    ReplyDelete