29 September 2014

KALAU TIAP HARI CAMNI BILA BALIK KERJA,HATI MANA LA YANG TAK.....

7:51 AM 4 Comments

Assalamualaikum

Korang balik kerja pukul berapa ?

Eheh..as a teacher
Kalau dah tak ada sebarang mensyuarat 
or aktiviti selepas sekolah,
memang tepat pukul 1.30 yong dah cabut dari sekolah..
and sampai rumah area pukul 2 petang la.

Bila parking kereta bawah garaj
Dengar suara si kecik tu cakap
YAY..UMMI BAAAALIKK !!!

Bila turun dari kereta ja 
Nampak dia senyum terlompat-lompat 
sambil hulur tangan 
nak bersalam & terus cium pipi

Allahu akbar
Hilang terus rasa letih
seharian di sekolah and sepanjang perjalanan!

And hari ni yong dapat snap 
dia pakai telekung yong nak solat
Siap takbir,rukuk & sujud !


Jadi anak solehah na sayanggg ^^



CABARAN 30 HARI | HARI #25 : BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA

7:17 AM 1 Comments

Assalamualaikum

Meneruskan cabaran 30 hari
Entry back-dated
BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA

******

Erm..kalau nak ikut entry back dated
Rasanya berita terkini yang yong baca time tu 
ialah cerita bayi digigit biawak

Ngeri pon ada bila kawan-kawan dok send 
gambar dalam wasap...hai la...
tak tau nak komen apa 
bila dapat gambar-gambar cenggini

Mungkin tujuannya baik
Nak bagi info bagai
Tapi part gambar-gambar ngeri camtu
Yong pon naik seriau ~
Tapi,kalau tak tayang nanti tak paham berita pulop!!

Kalau ikut tarikh entry dibuat,
Berita terkini hari ni yang punggung budak tu melecur
Adoila.....apa nak jadi manusia sekarang niiii
Jenis tak da hati perut & perasaan kot

******

Done !

CABARAN 30 HARI | HARI #24 : RUMAH IMPIAN ANDA

7:03 AM 1 Comments

Assalamualaikum

Hari ni rata-rata bloggers dah sampai hari ke 29
Yong ja stuck sebab laptop problem
Nak godek dengan tab ni,bercinta dulu la jawabnya

Okei,apa pun back on track
RUMAH IMPIAN ANDA   

******

hurm..kalau nak mintak pakcik gugel bagi gambar
For sure la macam-macam rumah indah dok ada
Semua tu bajet ribu riban
Macam tak masuk akal pun ada,kan ?

Tak salah aih kawan2 blogger letak gambar-gambar tu
Tu semua pembakar impian 
Insya allah,semoga segala impian terlaksana

As for me,yong suka rumah yang sederhana
Maklumlah,yong ni orang kampung
Cukup sebuah rumah yang boleh stay kat dalam tu dengan rasa aman damai,menenangkan hati..

Rumah kampung,rumah kayu
Ada beranda,Ada tangga
Tingkap ala-ala macam iklan adabi
Kikikiii

Rumah dekat dengan bendang (sawah padi)
Leh tengok padi menghijau,menguning
Cewah ~



******


sekian !

27 September 2014

CABARAN 30 HARI | HARI #23 : PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN PEKERJAAN SEKARANG

4:26 PM 0 Comments

Assalamualaikum

Hari ni yong teruskan cabaran hari yang ke 23
PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN PEKERJAAN SEKARANG
( back-dated sikit sebab laptop rosak )

*******

salah satu pekerjaan yang yong teringin zaman kanak-kanak riang ialah
pemandu pelancong
ni semua gara-gara layan cerita MY GIRL
( layan jugak cerita korea kadang-kadang! )




rasanya kalau jadi pemandu pelancong ni 
seronok sebab boleh tambah maklumat & bawa pelancong ke tempat menarik
maklumlah,suka berjalan-jalan & sampaikan maklumat!

haha.. 





26 September 2014

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG !

6:20 PM 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,semalam 26 September
Genap 2 tahun umur anak yong,
Siti Zubaidah Bee

kejap ja masa berlalu..dah 2 tahun
Syukur atas kurniaan Allah

terima kasih ya Allah
kurniakan permata berharga buat yong





Siti Zubaidah sayang,
semoga jadi anak yang solehah
penyejuk hati ummi
hormat pada orang tua
mujahidah islam

ya allah,kau lindungilah dia dengan sebaiknya
dari tipu daya dunia 
dari kejahatan segala makhlukMu
Jadikannya insan yang taat sebagai hambaMu
Permudahkan setiap langkahnya menuju redhaMu

Siti Zubaidah anak ummi
Biarlah kita kelihatan kurang di mata insan lain
Cukuplah ALLAH bagi kita

Walaupun ummi seorang yang bersamamu
Jangan lupa kasih sayang dari tok,tokwan & pakngah 
sentiasa mengiringi setiap langkahmu

Tak usah di harap kasih orang
mereka tidak tahu & tak kan tahu
segalanya biarlah kita sahaja yang mengerti

Membesarlah dengan sihat
Hidup dengan penuh kesederhanaan
tak hidup dek puji
tak mati dek caci

ummi saaaayang Siti Zubaidah !

SORRY,CABARAN 30 HARI GUA BACK-DATED !!

5:01 PM 0 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

nak inform kat korang-korang
LAPTOP ROSAK

apesal la rosak time-time ni
banyak benda nak dibuat haa

tunggu laptop yang janji nak bagi time hari guru tu
tak dapat-dapat lagi
nak dapat ke tak haaa


SORRY,CABARAN 30 HARI GUA BACK DATED !!


24 September 2014

JELAJAH PULAU PINANG : PART 1 #MUZIUM INTERAKTIF PENANG

6:42 PM 3 Comments

assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni nak story mengenai lawatan sekolah semalam

semalam ada yang bertanya yong kemana bila yong up entry TRAVELLING ni
maka hari ni yong akan ceritakan semuanya
cewah~

biasanya hujung tahun aktiviti paling murid-murid tunggu ialah LAWATAN
tak kisah lah kemana..cikgu-cikgu yang pening handle nak ke mana
hihii..alhamdulillah,seperti yang di rancang,kami round sekitar pulau punang ~

Antara tempat-tempat lawatan kami ialah :

1. Made In Penang Interactive Museum
2. Bukit Bendera
3. Taman Rama-rama
4. Padang Kota Lama

Makanya,yong nak story tentang Muzium Interaktif saja dalam entry ni

" Made In Penang Interactive Museum" ni salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang.Mula dibuka untuk orang awam pada 1 Nov 2013.Ianya merupakan muzium interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar mengikut pelbagai kreativiti  kita yang pasti akan menarik minat tak kira golongan muda atau tua. Mural-mural yang dihasilkan juga merupakan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.


Jom layan gambar-gambar yang kitorang ambil dalam muzium ni

Kreatif sangat tau,real ja dalam gambar.hihi+


Ni bergambar kat pintu masuk , 
sempat lagi minum kopi dengan ketua menteri YB Lim Guan Eng~




actually,nak bergambar haruslah pandai guna kreativiti & imaginasi
Dekat setiap gambar ni,ada tempat khas diorang dah tanda untuk korang berdiri agar gambar korang nampak real dengan situasi di situ.
( tak sempat lak nak snap yang ni )

Macam gambar sangkar angry bird tu,
yang member pegang sambil tengok cermin tu baru betul!
gambar kat bawah ni kami main snap ikut suka ja padahal sepatutnya macam gambar di atas,korang berdiri sambil angkat tanagn sikit,muka paling ke arah cermin,baru la imej macam angkat sangkar..
nasib la ada pekerja muzium yang sempoi,ajar kami cara nak snap dengan betul~



part gambar macam cermin ni memang macam creepy sikit
kikikii
sorang dok luar,sorang masuk dalam.
Bila dah snap gambar,hasilnya memang macam mirror-mirror on the wall laa





part ni paling tak leh blah
tergantung dengan spiderman kunun~

ekspressi wajah itu penting !

ni sebenarnya lukisan atas lantai
korang kena berbaring & buat aksi

*****

ha... amacam ?
menarik kan

pasni yong akan sambung plak 
JELAJAH PULAU PINANG : PART 2 # BUKIT BENDERA 

tunggu ~

21 September 2014

CABARAN 30 HARI | HARI #22 : DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN

8:51 PM 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM

cabaran seterusnya memerlukan anda bertabah untuk membaca angan-angan saya
dan saya juga perlu bertabah untuk berangan
dan pastinya BERUSAHA untuk MEREALISASIKAN IMPIAN :
DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN

**********

destinasi percutian impian ialah MALDIVES !
( alang-alang nak berangan kan... )



sedikit info mengenai Maldives :

Maldives mempunyai 1190 pulau . Cuma 200 pulau sahaja mempunyai penduduk. Lebih 80 pulau dijadikan resort pelancongan. Pulau-pulau kecil ni terbina di atas terumbu-terumbu karang yang membentuk kepulauan terumbu karang (atoll). 
Ada 26 atolls di seluruh Maldives. Pulau terpenting ialah Male (ibu negara). 
Male mempunyai 3 pulau utama yang berdekatan iaitu Male (Bandar), Hulhule (Pulau Airport) dan Hulhumale (artificial island sebelah airport island).

yong ada baca sebuah blog mengenai percutian bulan madu 
sempena 10th annyversary
memang superb la 

actually,tak banyak blog yang menulis review ke Maldives
ye la kan,tak semua orang mampu
dan alhamdulillah,diorang nak berkongsi pengalaman diorang kesana
korang boleh terjah sini untuk baca pengalaman diorang

* notakaki : nak bercuti,kemana-mana pun modal kena tebal
sendiri usaha , insya-allah berjaya !


semoga allah perluaskan rezeki yong sekeluarga agar dapat sampai kesana~


****

sekian!



CABARAN 30 HARI | HARI #21 : TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI

7:58 PM 0 Comments

assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

amboi-amboi
tak online 2 hari ni
entry backdated lagi jawabnya untuk cabaran ke 21
 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI 

************

erm..kalau nnak ikutkan,memang banyak la tempat yang yong tak pernah pergi 
kat Malaysia ni..Setakat yang biasa-biasa tu ada la ke Melaka,Pahang,Johor.
Ikutkan memang dah pusing semenanjung tpi tak da la ke setiap ceruk pulau bagai.
Gitu-gitu je la.Sabah pon dah sampai.Sarawak ja belum
insya-allah satu hari sampai kesana ^^

berbalik kepada task hari ni
yong teringin nak ke AUSTRALIA




tak ada specific reason tapi hati ni teringin nak travel ke sana
sebab kat sana pon banyak port menarik
nak tengok kangaroo kot ?


ahakz~


*****

sekian

20 September 2014

KEDAI ONLINE UNTUK GUGURKAN JANIN?

3:09 AM 7 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & 

2 hari lepas,yong ada dapat satu gambar 
dari group whatsapp..


And... page ni memang wujud

Erm..speechless jugak

Ni bukan nak mengurangkan masalah,ni nak tambah
Allahu akbar..akhir zaman dah la ni
 Buat apa pun boleh cover
Padahal Allah itu Maha Tahu


19 September 2014

CABARAN 30 HARI | HARI KE #20 : QUOTE KEGEMARAN SAYA

10:31 PM 0 Comments

Assalamualaikum..

Wow..cabaran sudah masuk hari ke 20
Tinggal lagi 10 tugasan sahaja

Meh kita layan cabaran hari ini
QUOTE KEGEMARAN

*******

Amboi.. jenuh jugak niii

Maklumlah,bab-bab madah pujangga ni tak berapa nak pandai..hihi

So far yong suka dengan INTAN TERPILIH
yong dapat quote ni time masuk maktab
Pengarah maktab kata kami yang terpilih untuk jadi guru ni adalah INTAN TERPILIH..yang terbaik antara yang terbaik

Allah jadikan sesuatu bersebab
Dan kerjaya kita juga bersebab
And alhamdulillah,yong suka jadi guru ^^



****

Sekian ~

Giveaway 2014 Mialiana.com

8:19 PM 20 Comments


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

BERTUKAR WAJAH DI KALA 3 PAGI

12:13 PM 4 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah..siap jugak yong setup blog
Bukan bertukar wajah apa,blog ni haa
Tetiba mai angin nk ejas blog
Walaupun tak reti..hantam sajala ~

Tadi baru masuk web nuffnang,
nampak muka macam chucky,tanjat mak!!!
Iklan apa ntah..memang tak klik la..
Nak nak plak sensorang ja stay up nih !

Untuk pengetahuan korang
Ni la pestime yong try test buat header sendiri
( terharuu..lap air mata ~ )
Template ni pon pakai yang copy-paste
Menjadi la jugak header walaupon tak cantik mana
Heh.pujila sendiri..harap korang puji 
belum tentu,kan?


Amacam ...??

Ok tak ??

Cuma nya... masalah sikit bab blog archived
If klik entry baru ada
If stay dekat HOME,memang invisible

Haih

Jom tido !!

....







CABARAN 30 HARI | HARI#19 : RESEPI KEGEMARAN ANDA

9:29 AM 3 Comments

assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

ehem .. cabaran hari ke 19
RESEPI KEGEMARAN ANDA

************

hehe..of kosla resepi yang ringkas,mudah dimasak & lazat !!

yong ni kategori konon-konon rajin jugak
ehew hew..kalau mai angin rajin tu
macam-macam resepi yang di try
seingat yong,time mengandung kat siti zubaidah tu
melampau-lampau kerajinan memasak
haha..nak pula masuk ramadhan
memang tak kira-kira la masak~

so far kalau usya dalam blog ni pun 
ada beberapa resepi simple yang yong dah buat entry
boleh la anda terjah resepi :



*****


sekian !

18 September 2014

CABARAN 30 HARI | HARI #18 : SIRI TV KEGEMARAN

4:34 PM 4 Comments

assalamualaikum

baru berkesempatan nak update entry hari ke 18
even hari ni dah masuk hari yang ke 19
( antry back-dated okey~ )

okey,cabaran hari 18 ialah
SIRI TV KEGEMARAN

***********


hai..boleh tahan jugak task hari ni
ye la,jenuh jugak nak menjawab sebab yong jarang tengok tv
serius ?

hehe..yong ni tengok tv gitu-gitu ja
kalau rasa nak tengok rindu awak 200%,tengok
kalau rasa nak tengok CSI,layan

tapi antara banyak-banyak tu
yong suka KHAWATER




khawater ni dalam bahasa arab tau.
jangan risau,kalau tengok kat tv al-hijrah ada translate.
tak pun,korang search ja dalam youtube~

menarik sangat sebab rancangan ni mengetengahkan isu-isu semasa
sekarang ni kalau tak silap dah musim ke 10
bukan calang-calang rancangan kalau boleh bertahan sampai 10 musim!

kagum , sebab dapat banyak maklumat
diorang pun ada datang ke malaysia,jepun 
melihat teknologi dan apa yang boleh di aplikasi dalam hidup seharian

psstt .. pengacara dia sempoi!


**********

sekian !




17 September 2014

CABARAN 30 HARI | HARI #17 : 5 PERKARA YANG SAYA RINDUKAN

1:31 AM 3 Comments

Assalamualaikum

Meneruskan Cabaran 30 hari,hari  ke #18
5 PERKARA YANG SAYA RINDUKAN

**********

erm .... erm ... erm ..
bereluh jugak woi pikir amende yang aku rindu
heh..fikir yong...fikirrrr

1. ZAMAN BERGELAR PELAJAR

zaman bergelar pelajar ni umum,tak kira sekolah rendah,
sekolah menengah,or masuk U
Zaman ni orang kata zaman muda remaja ..
bukan la bab bercinta ka apa yg bestnya
Tapi zaman tu ada keseronokannya yang tersendiri
Time tu tak heran harga minyak naik melambung ke,
nak beli pampers anak ke,nak masak apa pulak hari ni ke..
pendek kata enjoy sokmo.

Zaman tu,bergelumang dengan esaimen
lepak dekat library,keluar makan dengan kawan-kawan atau sensorang
naik moto,naik tren kesana-sini
stay up lewat,tengok cerita korea,philipina berjemaah
even aku bukan hantu drama2 bersiri ni,
aku tumpang jugak dengan kawan-kawan yang dok tengok tu.

Bila hujung minggu,outing keluar pekan
boleh makan KFC , kira hebat tak dak arah dah !
haha~

2. RINDU HANDSET 330,3315

ehem.. zaman ni , ni la handset yang paling mampu milik
time tu yong form 6,baru berjinak-jinak berhandset
time ni dok rumah sewa,konon public phone dah tak trend
plus kawasan tu public yg boleh guna hanya dalam sekolah
(alasan la nak guna henset!)

handset yong 3315,kaler biru
dengan henset tu la yong berchatting dengan kawan-kawan
dok menggila buat ringtone bagai
ahakz~

3. RINDU ARWAH TOK,TOK WAN

yep,sangat rindukan mereka 
semoga tenang disana~

al faatihah

4. RINDU KAWAN-KAWAN

Bila dah kawin,dah kerja,masing-masing dah ada 
tanggungjawab & komitmen kepada keluarga sendiri.
Rindu nak jumpa kawan-kawan,sekali sekala buat reunion..hihi

5. ?

rasanya cukuplah 4 tu tentang rindu..hihii
yang kelima tu dah x dak idea
ampun~


sekian !




CABARAN 30 HARI | HARI #16 : SIAPA,BAGAIMANA SAYA 10 TAHUN LAGI

1:02 AM 1 Comments

assalamualaikum

kembali menaip untuk marathon cabaran 30 hari
sebab dah tertinggal 3 cabaran..ngeeee

entry ni untuk cabaran hari #16 
SIAPA,BAGAIMANA SAYA 10 TAHUN LAGI



**************

10 tahun lagi..semestinya time tu umur yong dah 38 tahun
mak aii.. 3 series tu..kiki
( i- allah jika dipanjangkan umur )

nak bercerita bab 10 tahun ke depan,
mesti orang kata angan-angan
entah jadi entah tidak
tapi,tak salah pun
sebab tu salah satu pemangkin semangat untuk kita
ye dak ?



1st of all yong still sebagai GURU
cuma tak pasti masih di sekolah yang sama atau bertukar
sebab buat masa ni tak ada sebarang keperluan untuk bertukar
lagipun baru ja masuk tahun ke 4 berkhidmad
muda trang tang tang lagi sebagai ce-e-gu
masih banyak yang perlu yong pelajari

dan insya Allah
10 tahun dari sekarang yong dah pun bergelar 
Guru Cemerlang dalam bidang yong
dan mungkin juga ada Master & phD

dan dalam masa 10 tahun akan datang
yong adalah seorang usahawan internet yang berjaya
bergelar Master Coordinator dalam biz Shaklee yong
dapat membantu insan lain meningkatkan taraf hidup dengan lebih sihat ~
ye la,bila sebut bisnes ni orang dok bayang untung ribu riban ja
untung tu mesti la ada bila berniaga kan
tapi sebenarnya yong lebih puas hati bila customer bagi feed back 
sakit diorang dah berkurang bila amalkan pemakanan sihat




sekian ~