31 August 2014

Giveaway: Happy 6th Year Anniversary; Thank You YOBO!




assalamualaikum

malam-malam sebelum lelap mata yong akan meronda blog kawan-kawan and terasa nak join pula GA Sarah Hanim ni..korang pon kalo nak join,jangan malu-malu,klik ja banner kiut-miut tu ha..

Komen :
amboi,dah macam juri masterchef pulak
overall ok ja maybe boleh tukar background yg belang-belang tu
hihi

sekian ;)

SELAMAT PENGANTIN BARU,EINA AZMAN!

Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman & pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri, Azman Abdullah.
Pasangan yang mengenakan pakaian yang bertemakan bollywood ini telah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib, Imam Masjid KLCC.
Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.
Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman.


moga bahagia sokmo & sentiasa di bawah rahmat ALLAH

pssst... tak payah nak kondem jodoh orang

jodoh korang kompem sampai syurga ke ?

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ~



Assalamualaikum ..

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Hani ni Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 57
Semoga Malaysia akan terus aman damai
bebas dari cengkaman penjajahan
bukan sekadar penjajah british bagai macam zaman dolu-dolu
sekarang zaman dah canggih
moga kita bebas dari sebarang anasir jahat
pemikiran yang mundur , terpengaruh dengan budaya entah apa-apa
mudah sangat mengikut itu dan ini
atas alasan KEBEBASAN



29 August 2014

MENANG CABUTAN BERTUAH~


Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

ehem..
mengumumkan..
yong menang shwal cantik~

actually tak da la join kontes sangat
kebetulan yong suka shopping online
ada la beli shawl GAZA dekat UMMI QAISARA 
yang ni khas untuk customer dia yang beli shawl GAZA

untuk cabutan bertuah tu,incik suami dia yang tolong cabut nama
alhamdulillah,rezeki yong & sorang lagi customer dia
ahah..sempoi dak~

kalau nak tau,dia ada jual macam-macam jenis shwal,tudung,telekung
siap baju budak pon boleh buat
serius berbaloi!
korang pergi la skodeng FB dia

oh ye.. 
nak tayang sikit apa bukti kemenangan


pakai shawl & tag UMMI QAISARA dulu... 



keputusan cabutan bertuah !



hadiah sampai tengahari tadi


tadaaaaa ~

ALHAMDULILLAH,BABY GIRL LAGI


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga saat ini
Dalam nikmat islam dan iman

Syukur sangat-sangat
Anak dah boleh balik dari wad
Nak dekat sebulan dah kena tahan kat wad sebab baby tak cukup bulan..giler happy!

Mak tanya nak bubuh nama apa
Aku terkedu..rasa macam tak plan pulak nak boh nama apa..padahal ada ja!

Siti Aisyah!
Ye la,kakak dia Siti Zubaidah kan..
Rasa kekok pula dah lama tak pegang baby
Maklumlah si kakak nak masuk 3 tahun dah

Eh

Apa punya mimpi ni

Bila pulak aku mengandung

Allahu akbar.. jam dah dekat pukul 6 petang

Aku bangun terus mandi,solat asar


Amboiiiii mimpi di petang hariiii !!!

27 August 2014

26 August 2014

BILA BEN ASHAARI DATANG MELAWAT...


Assalamualaikum

Alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM dan IMAN

ok la..tajuk entry kali ini agak ding-dong
actually,dah berhari-hari tertangguh entry ni
nak buat takut korang cuak pulak
tapi..buat jugak la
mohon jangan muntah pulak~




seronok pulak bila abang ben ashaari datang follow blog picisan macam yong ni
sejujurnya,kalau nak diikutkan blog ni since 2010 tau!
lebih kurang 4 tahun dah .. tapi tenggelam timbul
so .. kira lever blogger baru la jugak~

ni la entry 1st yong ..



maka .. I`M BACK , again
hope tak la tenggelam timbul pastu lemas plak!


terima kasih kawan-kawan blogger yang sudi singgah sini
sudi-sudi la tinggalkan kata-kata semangat & teguran


24 August 2014

AZWAN ALI vs SHARNAAZ .. korang rasa ???


Assalamualaikum

Hujan-hujan petang ni buat entry bikin panas sikit

Rasanya,umum dah tahu kes diorang ni


yong rasa over sangat la isu ni

yg si Azwan tu korang tau kan DIVA

yang si Sharnaaz plak , abg JEBAT

heh .. isu dia AA upload gambar selfie
then JEBAT gatal tangan masuk dlm IG
mula la orang berperang mengutuk AA

bukan la yong ni PA si AA ni
tapi dah kenapa ramai-ramai dok meroyan
kan ke ramai lagi yg selfie time berkabung tu

cuba korang buka hashtag #mh17
belambak kot muka selfie xda kena mengena dengan mh17
sebab dia AA ke ?
Bab pakaian dia tu , malas nak komen ah

yang DJ DAVE dok nyanyi-nyanyi time awal ashaari interview dalam melodi boleh pulak ek~


hehe ..

23 August 2014

PENANGAN BALIK DARI PANGKOR



Assalamualaikum
Alhamdulilla,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Pagi ni sejuk ja rasa
al maklumlah malam tadi hujan lebat
nasib tak terlepas subuh ~

Sejak balik dari Pangkor ni
part paling best bila Siti Zubaidah tidur,
mesti dia nak imutt (selimut)
haaa.. tok dia ajaq la tu
bukan yong tak ajaq sebelum ni
bila yong selimutkan,dia tepis
kalau dia tengah tidoq,silap-silap kain selimut tu yang jadi punca dia tejaga tau!
hai la anak

Time seminggu yong di Pangkor,tok & tokwan dia larang sikit ja terus dia stop
kalau dengan ummi dia.....
jenuh la 3 - 4 kali larang. haha

ni sempat snap malam tadi


22 August 2014

#MALAYSIA BERKABUNG 22 OGOS 2014



Assalamualaikum..

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

ya,masih dengan tajuk Malaysia Berkabung
Actually,hari ni baru sempat nak buat entry
Semalam kalut sangat seharian 
Dengan kelas penuh berderet
Petang pula dengan si kecil
Yong selalunya akan manfaatkan petang jumaat untuk bersenang lenang..haaa...kemain!

Since dah habis bersenang lenang
Hari ni nak up entry
Semalam kita semua memberi penghormatan terakhir utk mangsa MH17.. sebak rasa hati ji time umum kat anak murid
Rasa macam tak leh nak cakap pun ada


Time ni kelas kitorang memang dalam makmal komputer, masa kelas diorang pon dah nak habis,leh la tayang sikit untuk anak murid..sunyi sepi diorang!


Selamat kembali walau yang kembali hanya jasad
Semoga kalian ditempatkan bersama hambaNya yang beriman..amin..

Tak perlu nak meroyan kenapa diorang dapat layanan sehebat perwira negara.. kita sendiri pun belum tentu bagaimana khatimah kita kan...?



20 August 2014

JANGAN ...







Yang dikatakan manusia itu..

Mulutnya akan sentiasa berkata-kata

Sama ada elok ataupun tidak ..

Berkata-kata lah kamu dengan penuh kebaikan



18 August 2014

KENAPA BEG TANGAN PEREMPUAN PENUH BARANG??



Assalamualaikum

Alhamdulillan,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

ehem .. nak berEntry pasal perempuan pulak
korang yg gegirl ni..siapa tak ada beg tangan cer mengaku !!

heh,kecik or besar sure ada jugak
kadang-kadang tak suka beg tangan sebab nampak ayu,korang pakai beg silang
tak kesah la..yong pon dulu gitu jugak..jap beg silang,jap beg sangkut

jom kita skodeng apa la yang orang pompuan buat dengan beg tangan
tak leh ke macam orang laki,cukup sekadar wallet
ehem..orang pompuan wallet / purse pom macam-macam jenis
orang panggil clutch la,apa bagai yong pon tatau nak habaq..tau guna sajo


* ihsan pakcik GOOGLE


Benda wajib ada bagi yong ialah :

1. Bedak
2. Celak
3. Gincu
4. Tab
5. Purse
6.Perfume
7. Pendrive
8. Pen
9. Ketip kuku
10. Pencuci muka
11. Charger

sekarang ni dah jadi mak budak , 
lagi besar beg lagi masyukkk
sebab ? 
Leh masukkan pampers anak sekeping dua and botol susu,
senang kalau nak jalan-jalan kannn
series !!!


17 August 2014

REVIEW : PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

entry baru balik kursus
nak story-mory la pasal pengalaman kat pangkor
ala-ala review gituu
actually , yong menulis berdasarkan pengalaman
dan pengalaman ni berbeza dengan orang lain

yong ke sana atas urusan KURSUS 
jadi tak leh la nak story panjang-panjang bab membeli belah,makan-makan bagai.
untuk pengetahuan juga,ni la kali pertama yong ke Pulau Pangkor
heh,kalau tak ada kursus ni , tak tau la bila nak sampai
sedih aih ayat~

Kami dikehendaki berkumpul di jeti Lumut & naik feri ke Pulau Pangkor pada pukul 11.30 pagi,hari Isnin.Yong bertolak dari rumah lepas subuh,of kos la awai sebab tak pernah pi kesana , nak drive sendiri takut sesat sebab tak biasa lagi.Dari rumah , makan masa dalam 2 jam juga.ikut jalan lama. Pernah la ke Lumut tu tapi pi ramai-ramai,mana la nak cara sangat,dahtu bukan yong yg drive time tu. Nak parking kereta kat sana lagi satu hal,membe parking situ ada pengalaman kereta kena kopak..tak sanggup den! Maka nya, mak ayah hantar la kesana..dah besar-besar pon mak ayah hantar..sempoi kann~

Sampai ja kat jeti , kami naik teksi (van) warna pink gitu .. 
harga dari jeti ke hotel RM20 tapi harga kami ramai-ramai la
if korang 2-3 orang ja harga dia rm15 untuk 1 van

Kami stay kat PURNAMA BEACH RESORT
of kosla free of charge sebab jabatan dah bayarkan
Alhamdulillah , makan and tempat puas hati
Kawasan dia macam kecil ja tapi diorang manfaatkan secukupnya,susun atur chalet tu tak jadikan kawasan tu crowded.Siap leh buat swimming pool utk kanak-kanak and dewasa tengah-tengah kawasan tu.Jom kita skodeng~


bergambar depan bilik


tada .. gambar di dalam bilik
kami dapat bilik utk ber tiga,padahal kami dok 2 orang sajo


ni pon depan bilik , kawasan dia jadi macam empat segi , tengah-tengah ada halaman
yang di belakang tu chalet jenis yang berbeza
bilik kami area belakang sikit tapi tak jauh pun dari kawasan utama




ni dia area utama , ada bangunan 2 tingkat , swimming pool bagai and tempat makan
lupa pulak nak snap area tempat makan tu


suasana di dalam dewan , maksimum berapa orang yong tak pasti
tapi yang pasti kami ada 96 orang


tada ... ini dia quotation harga untuk bilik yang ada di sini
wah,ada gaya jadi tourist guide dak ??
bilik yang kami duduk sepanjang 5 hari berkursus ialah STANDARD VILLA

untuk pakej makan , semua ada tertera di kaunter receptionist
memang yong tak snap la tapi overall harga dia okey.
Kalau korang nak snorkeling bagai,jangan risau
Tepi pantai ja Purnama Beach Resort ni
Jalan keluar sikit dah nampak pantai
sepanjang-panjang jalan ada pakej untuk snorkeling 
and kalau tak mau susah otak,kat blakang pamplet ni pon ada pakej,
RM 25 ja utk snorkeling
RM 30 kayak sejam
Keliling pulau RM 100 / 10 orang


Klik untuk tumbesaran yang sihat


sekian ~


14 August 2014

HABIS KURSUS !!!



Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

amboiiii
Rindu sungguh aih nak berBlogging 
And berBlogwalking!

Alhamdulillah,setel dah kursus sepanjang minggu ni.Banyak betul ilmu yang yong dapat kat sini..kawan baru jangan cakap la,mesti la makin bertambah!

Jom layan aktiviti yong & kawan-kawan 
sepanjang 5 hari kami di sini


Ni gambar time kami pi snorkeling 
Lama tak terjun laut,kemain laa!



Ni pulak gambar malam last,biasa la kan
Selalu ada malam persembahan
And kumpulan yong dapat nombor 4 daripada 10!
Sempoiiii ~

Entry yg berkaitan ?

Tunggu... nanti update lagi

Hari ni kawan2 semua dah balik,yong stay 
Konon nak bermalam tapi tengok la camna
Bayar la sikit kannn

12 August 2014

KERJA KUMPULAN : MELUKIS SPONTAN



Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari kedua berkursus,makin mencabar aktiviti
Badan pun ada terasa letih
Sebelum lelap,buat 1 entry dulu
Telinga dok dengar 
orang dok karaoke lagu tak ada logika niii
Haha.. sabo je la bila resort ni ada bilik karaoke dekat blakang bilik kitorang.tak da la dekat sangat tapi still boleh dengar woo

Salah satu aktiviti hari ni ialah melukis beramai-ramai dalam kumpulan,nak tengok kerjasama kumpulan



7



Tada..inilah hasilnyaaa...

11 August 2014

HARI PERTAMA : ADA BENDA YANG AKU TAK PERNAH MAKAN?


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

baru je lepas slot pertama untuk hari pertama berkursus.Pada yang masih tertanya-tanya yong pi kursus apa tu,mai sini nak bagitau..yong terlibat dengan PROGRAM TRANSFORMASI MINDA kat Purnama Beach Resort,Pulau Pangkor ni ha..untuk pengetahuan,ni la first time yong datang sini..malu eih jadi orang perak tak penah mai sini.. hahaaa.. abaikan je laa

Makanya,mak ayah dan si kecik tu hantar yong ke jeti Lumut pagi tadi,kami berkumpul di jeti naik feri pukul 11.30 pagi
Ada nangis sikit la si kecik tu
Tapi dah tok wan dia dukung,yong pon naik feri,
ok la dia.tak da la meraung bagai..




Program bermula pukul 2.30 petang
Selesai makan,solat kami masuk dewan
Best sangat sebab dapat pengalaman baru.Tu la lumrah menuntut ilmu,lagi banyak kita belajar,lagi banyak benda baru dan benda yang kita tak tau!

Berbalik kepada tajuk entry
Nak bagitau nama apa makanan ni pon tak tauu
Macam laksa,tapi kuah pindang
Siap dengan kuah cabai & kacang panjang
Laksa pangkoq kaa laksa mee tak tauuu
Meh layan gambar
Sapa tau boleh la bagitau yong
Heeeee


10 August 2014

BERKURSUS SEPANJANG MINGGU



Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nimmat ISLAM & IMAN

sebelum lelapkan mata
Anak dah terlelap
Nak berEntry
Nanti kat sana tak tentu leh update blog tak
Tengok jadual macam pack ja..hihii

Ekceli,esok sampai jumaat ni yong terlibat dengan kursus di Pulau Pangkor..macam jauh je..walaupon yong dok perak,belum sampai pangkor lagi tauuu..penah la mak ayah bawa,tapi tu time kecik2 dulu,mana ingat apa!

Esok pagi2 dah kena bertolak,
feri tunggu siap di jetty lumut jam 11.30 pagi

Macam-macam rasa di hati ni
1st of all sure la pasal si kecik tu
Tinggal dengan tok,tokwan dia la
Tak pernah tinggal lama
Last year 3 hari 2 malam
Tak pa la di SSL TRADERS TAIPING ja
Dekat,dalam 45 minit
Leh la balik jap tengok dia
Time tu dia umur 9 bulan x silap
Lebih kurang la..
Tak tau nak melalak lagi bila tengok ummi bawa kereta tinggal dia
Kali ni..siap la..kikikii

Pastu plak rasa macam nervous pon ado
Maklumla,tak pernah pi
Doakan Allah permudahkan segala urusan yong ye


Orang pompuan,beg mesti penuh! 

jom, nak ke pulau dudoq
Mengantok sangat dah niii


Assalamualaikum

05 August 2014

JERAWAT : APA KENA MENGENA DENGAN PENYAKIT ANDA ?


Assalamualaikum

Hari ni yong nak berkongsi dengan anda 
satu video sempoi dari youtube



mengenai kaitan jerawat dan penyakit
ha...orang perempuan memang alah memanjang bab jerawat ni
tapi,orang lelaki pon ada jugak yg concern bab ni
ye la,bukan sekadar nak cantik,tapi nak sihat juga kannn

layannnn~


kalau korang tercari-cari produk terbaik untuk penjagaan muka
yong rekemen korang try satu produk ni..

sebab ? 

yong pon guna & dah merasai perubahannya
maklumat lanjut : KLIK SINI

PHOTOSHOOT RAYA 2014~



Assalamualaikum

alhamdulillah, masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni entry masih dalam mode raya
nak upload gambar raya
tak aci la korang ja bergambar kannn

layan ~









tak berapa nak sedondon
adik sama kaler dengan mak
yong kaler merah dengan siti zubaidah
ayah hijau ~

actually, photoshoot dah hari raya kedua
baju turqoise yong pakai raya pertama
konon nak berphotoshoot tapi dek kerana sibuk kesana-sini
maka bergambar hari raya kedua

kenangan~