19 July 2014

RESEPI : HOMEMADE ROTI JOHN



Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini 
Dalam nikmat ISLAM & IMAN
SYUKUR 

Ramadhan hari ke 22 dah
Kejap ja masa berlalu,kan ?
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya,aminn

Entry hari ni nak story pasal juadah berbuka puasa petang semalam..hihi
Kalau nak tahu,Ramadhan kali ni baru 3 kali yong ke bazar tau~
ye la,dah kerja , dok rumah ada la masa nak memasak
kalau zaman study tu memang pelanggan tetap bazar la
line mana, ada jual apa siap boleh hafal
bazar stadium,INSANIAH kat kedah tu, jalan langgar,pendang,tanah merah semua sampai
pastu bazar PKNS bangi,kat area shell bangi,putrajaya pon redahh
tu semua dah jadi kenangan manis~

back to entry
nak share resepi roti john
dek kerana time ke bazar cari roti john tak jumpa
nampak la dalam FB ada buat guna pemanggang ajaib
maka .. cari la bahan2 nya~
simple sajoo

Bahan-bahan:

1. Roti panjang gardenia yg memang untuk buat roti hotdog & roti john
2. Daging cincang
3.Bawang putih , bawang merah 2-3 
4. Sedikit serbuk kari tak kisah daging ka ikan dalam 1 sudu
( kalau tak nak takpe ..)
5. Perencah hilal / cukup rasa , garam
6. Cabai yang diBlend , sos , serbuk lada
7. Telur 5 biji 

Cara-cara :

** INTI
( guna belanga biasa je,tak payah pakai kuali ajaib lagi )

1. Tumiskan bawang merah,bawang putih
2. Masukkan cabai yang telah di Blend dalam 2 sudu
3. Masukkan perasa : perencah hilal / cukup rasa , 
serbuk kari , lada,garam , sos - kacau
4. Masukkan daging cincang yang telah dibasuh & ditoskan
( Daging ni korang rendam la dulu bagi hilang ais & dia takkan 
berketul-ketul..akan jadi haluss ja )

ketepikan


now .. masa yang ditunggu-tunggu

- belah roti john korang
- masukkan inti daging cincang tadi , ratakan
( tak perlu tebal sangat , sedang-sedang sajo )
- tuangkan telur dadar & letakkan roti
- tutup pemanggang , api sederhana & tunggu masak

.. gitu la rupenye ..


- angkat roti & bolehkah korang hiaskan dengan 
sos , mayonis or thousand island ~
siap ^^

hohooo.. lazat kannn ??


moga bermanfaat 

hihi.. buat sendiri senang , makan pun puas!
bak kata cikgu skolah yong
HILANG LAGI SORANG CUSTOMER PAKCIK ROTI JOHN !



7 comments:

  1. My fevret.
    Kalau mak yang buat..memang saya taram banyak2.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa. balik rumah nnt nak buat jugalah. hehe

    ReplyDelete
  3. pergh sedapnya. terer r cikgu memasak roti john. hehe.

    ReplyDelete
  4. @nurashikin : kan..mak buat la apa pun,sedap smuanya!
    @ekatikah : cuba la,senang ja
    @Zuhaira : dh mkn baru tau ^^
    @budak : takda la terer.. try & error ja
    @mujahidah : lazattt :)

    ReplyDelete
  5. Betul3x.
    Teringat pulak time skolah mak slalu suap mkn nasi.

    ReplyDelete