30 June 2014

HADIAH DARI SELURUH DUNIA ~



assalamualaikum 

hari ni nak berentry tentang HADIAH

ye.. HADIAH .. hadiah-hadiah ni yong dapat sebab adik balik dari travel
ye la..tak dapat pergi melancong,dapat hadiah pon jadi la
( ayat pujuk hati )
muahahah

jom layan gambar dulu



anwrap the presents


taraa ... sudah keluar~



manisan dari Turki ^^


alhamdulillah .. merasa juga ole-ole dari negara orang
adik travel ke Amerika atas urusan kerja , singgah di Turki
then dia bercuti pulak dengan kawan-kawan ke London & Paris
mudah-mudahan ada rezki untuk yong sampai negara orang pulak ^^




29 June 2014

Ramadhan Kareem 2014



assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
 dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni dah masuk Ramadhan hari yang ke 2
harap masih belum terlewat untuk mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat kawan-kawan blogger ^^


apa azam ramadhan anda ?

azam?
of kosla nak upgred lagi dari ramadhan lalu..
ramadhan kali ni yong dengan si kecik tu
memang best la 
bila nak berbuka puasa dia pun kalut 
naik turun kerusi nak makan sama-sama.hihi



sepanjang ramadhan ni , jaga lah hati , telinga , mulut dan mata
ye la kan..semua ni nafsu yang ada dalam diri setiap manusia

sama-sama la kita menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa 
ameen~

22 June 2014

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA



BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)

17 June 2014

SENARAI PEMENANG SEGMEN BLOGLIST.. TAHNIAH !!!


aSSAlamualaikum
alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

pastinya kawan-kawan yg join segmen yong ternanti-nanti keputusannya 
maaf la,kalut sikit di padang

okey..
jom kita umumkan 5 peserta bertuah yang dipilih dari Random.org ~

.....



...


.















jadi ..
para pemenang 
sila emelkan pada yong :

1. nama
2. alamat
3. no.telefon

emel yong : flizzy86@gmail.com




16 June 2014

15 June 2014

PESTA BUIH TAMAN TASIK TAIPING


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

Eheh..
Tajuk entry kali ni agak tak menahan
Pesta buih tuuu

Rilek..ni pesta buih lain
Bukan yang bukan-bukan dan tak senonoh tu

Alkisahnya petang tadi
Meronda dengan mak ayah and si kecik kesayangan 
di Taman Tasik Taiping..Biasalah petang-petang,hujung minggu..
nak pulak hari ni last cuti sekolah.Memang crowded habisss!

Dekat area rumah yong memang tak da la mainan kanak-kanak bagai ni,biasa la,rumah kampung..depan rumah ada sawah padi,belakang rumah ada pokok sawit..kalau nak meronda bawa anak naik moto je la petang-petang..tu pun sekali sekala

Lepas park kereta,maka bagi kecik tu panjat-panjat naik gelongsor..seronok tak kira la dia.Dah pandai sikit dah nak main itu ini kesana kesini..tak da takut-takut dah







Jom layan gambar-gambar sekitar aktiviti pesta buih







Haha... best wooo
Satu besen tu RM2 ja.. padan la ramai sangan dok kerumun kat pakcik tu..rupanya dok beratur nak bayar nak main buih ni haaa
Yes..sangat berbaloi untuk keriangan!

Actually,yang pi sana bawak anak kecik memang mak pak la yang enjoy tak hengat donia..kakakak
Termasuk la yong sekali
Hehehe

SEGMEN : BLOGLIST MAY-JUN 2014 BY YONG


ASSALAMUALAIKUM ..

Hari ni rasa2 nak buat segmen BLOGLIST la pulak~

dok tengok kawan2 ja dok buat segmen ni
maka , yong pon nak lancarkan segmen ini
dengan lafaz بسم الله الرحمان الرحيم
maka rasmi la segmen ini .. selama sebulan ye~
15 may - 15 jun 2014

bukan setakat join masuk bloglist , 
yong mencari 5 orang pemenang bertuah melalui random.org !!


( STICKY POST )
sila scroll utk entry2 lain ~

SYARAT - SYARAT :

1. Buat 1 Entry bertajuk : SEGMEN : BLOGLIST MAY-JUN 2014 BY YONG
tempek banner & linkkan ke sini
2. Follow blog ini dan ini dan like page ini
3. Nyatakan sejak bila anda berblogging
4. Tinggalkan link entry korang pada ruangan komen di sini
5. Tarikh tutup : 15 JUN 2014


Senang je kannnn

apa lagi .. meh join reramai !!!!

Klik untuk melihat senarai peserta



RESULT SEGMEN BLOGLIST ????


Assalamualaikum
15 jun sudah berlalu
Dah masuk 16 jun dah ..

Maka,dengan rasminya tamat
Segmen bloglist yong.

Terima kasih kepada para blogger yang sudi join segmen ini.
Insya allah,keputusan akan diumumkan dalam minggu ini juga

Sabar naaaa kawan2 semuaa
Oh ya,blog anda dah masuk list ka belum ?
Kalau belum..roger yong cepat ya

14 June 2014

RESEPI : ROTI LAPIS DAGING aka LASAGNA


Assalamualaikum ..

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

Rasanya macam dah lama sangat tak buat entry bab resepi
last entry rasanya pasal nasi arab
yang sebelum tu 
time mengandung kat siti zubaidah

okei .. entry kali ni pasal ROTI LAPIS DAGING
ala-ala lasagna kunun~



Bahan-bahan :

Roti gardenia
Susu sejat
Telur 3-6bji
Tomato puri/sos
Cheese

Bahan inti:
Daging cincang
Carrot
Kentang
Bawang putih dicincang*
Bawang merah dicincang*
Sedikit cabai yang telah dikisar*

- tumis bawang,cabai,msukkan daging,carrot n kentang d dptong dadu,masukkan perasa scukupnya-

Cara-cara :


Telur 3 biji susu stengah tin dipukul
Celup roti
Jgn lupa sapu bahagian bawah bekas dengan merjerin
Masukkan roti y dcelup telur,
Lapiskan dengan inti daging tadi
Tabur cheese
Ulang lapisan
Boleh buat 2-3 lapis sesedap hati anda
Atas skali boleh letak cheese sesedap rasa
*tuangkan saki baki telur tu atas roti untuk rasa yang bombastik

Masukkan dalam oven
Suhu 70º selama lebih kurang 15-20 minit
( bergantung kepada suhu oven anda juga..kalau oven jenis panas cepat,leh bagi slow sikit )




hasil nya .. taraaaaa
* satu buat guna loyang biasa,
satu boh dalam pemanggang ajaib

sori la .. proses penyusunan lintang pukang~
janji boleh makan..haha~

kalau rasa nak cheese leleh,silakan boh cheese banyak2
oh ya,klu masuk oven,jgn lupa tutup sebab takut cheese keras
( hasil pengalaman oven yg suhu panas & kureng efisyen..keras kong roti mak~ )

selamat mencuba~





11 June 2014

NAK HIDUP BERKAT ?? MAKAN KELAMBU KAABAH LE ....


SILA BUNTANGKAN BIJI MATA ANDA
BILA BACA TAJUK ENTRY MALAM-MALAM CENGGINI

Serius !!

Mata yong pon buntang jugak dengan tajuk ni
Seumur hidup , ni la 1st time dengar pasal ni




MAKKAH – ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan baru-baru ini bahawa amalan  beberapa  jemaah umrah yang menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah untuk membawa keberkatan hidup mula menjadi ikutan.

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihak berkuasa Arab Saudi, mereka mendapati beberapa jemaah dari negara tertentu bertindak menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah) ketika menunaikan ibadah di sekeliling Kaabah.

Menurut pihaknya, jemaah umrah terbabit melakukan perbuatan tersebut kerana kecetekan ilmu agama dan fahaman salah yang disebarkan oleh pihak tertentu kepada golongan jemaah tersebut.

Pengarah kilang yang memproses dan membuat kiswah, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan tersebut berlaku setiap hari sehingga kelambu terbabit mengalami kerosakan teruk.

Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya terpaksa mengulang proses pembuatan kelambu bagi menggantikan kelambu Kaabah dari semasa ke semasa.

“Ianya satu perbuatan yang sia-sia, mereka cabut benang dengan menggunakan cincin atau gunting masing-masing dengan harapan ianya akan mendatangkan berkat atau nasib baik dalam hidup mereka, perbuatan mereka telah mencacatkan keadaan kelambu berkenaan.

“Mereka cetek ilmu pengetahuan, mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat,” katanya dalam kenyataan melalui Saudi Gazette.

Justeru, sebagai langkah penyelesaian, Bajoudah mewujudkan sebuah jabatan di kilangnya yang diberi tugas khas membaiki bahagian kiswah yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu.

“Saya berdoa kepada ALLAH SWT supaya menyedarkan mereka daripada kedangkalan ilmu mereka,” katanya lagi.


Link berita : Klik sini


Hai .. macam2 sungguh donia sekarang ni .. merapu melampau-lampau!
Kadang-kadang tak masuk akal pun ada.. allahu robbi ~

10 June 2014

NEW LOOK .. PULOK~


Assalamualaikum
alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN
semoga anda pun begitu

ehem .. ada nampak perubahan dak ?
yes..blog berubah wajah

daripada ini ..


kepada ini ..



amacam ?
okey ka ..
yong pon pakai template ready made ja
tak reti bab-bab coding bagai
cumanya .. nampak kecik sikit kan
i means dari segi tulisan dia
kalau select font yg besar,gedabak pulak!

eh,ada ka blogger rajin ambil upah utk decorate blog ??
cer roger2 sket...hihi
dok masuk segmen decorate blog 
tak menang-menang lagi
muahahah




SENARAI PESERTA SEGMEN



assalamualaikum ..


okey kawan-kawan semua
ini senarai peserta segmen bloglist yong

jom cekidaut nama korang yg join ada tak dalam ni
kalau takda,jangan malu- malu
cepat - cepat inform pada yong ya





07 June 2014

LINE INTERNET YG SANGAT LA SIPUTTT



Assalamualaikum..
Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Amboi2..lama tak berEntry aihhhh
sakit jiwa jugak kebelakangan ni...
Line internet sangat laaaa siput!
Tak tau apa sebabnya

Adakah tab yong dh gelong ka apa tak tau lah
Utk makluman,yong guna line celcom, 
sebulan RM 68 hengget

Dulu pun rm68 jugak,
bezanya sekarang ni boleh data and call.
Kalau nak ikutkan,memang la internet 24-7
Pagi petang,siang malam
Tapi xda la sampai siput tahap camni

Yong perasan sejak sebulan lebih ni..
Hai...tensen guwe!



Makanya..
yong baru la boleh nak berjimba2 blogwalking sikit 
and update peserta segmen yong ...
maaf na kawan2 sekalian!



03 June 2014

BURGER TINGGI !!!


Assalamualaikum ..

Hari ni nak berEntry tentang makan-makan pulak~
rasanya dah lama tak hapdet bab makan-makan
hehehe

ok,kisahnya kat parit buntar ada satu kedai makan
yong dapat tau pon melalui group faceBook
nama kedai ni FRUIT KING 
memang tergoda gila tengok depa dok post pasai makan-makan kat sini
jadi satu malam tu yong roger la best pren yong,
kitorang try test makan kat situ
memang terbaekkkk la
macam-macam western food ada kat sini
nak makan nasi goreng-goreng pon ado
air pon macam-macam jenis

so,as for me , yong nak makan chicken chop
tapi nak jugak rasa burger dia
adik tu suggest makan burger PALOMA
ha.. kemain kau~




burger ni tinggi,dia selit skali dengan isi ayam tu ha
2 in 1 la kira,burger dengan chicken chop!
puas hati sangat la,layanan pon tip top

so,kalau korang datang parit buntar
cari kedai FRUIT KING dekat-dekat area menara Jam tu
weOll kat parit buntar ada menara jam tau!