31 May 2014

BENCI PADA KPM !!!!!



alhamdulillah .. 
masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikat ISLAM & IMAN

dah masuk bulan JUN hari niiiii
tajuk entry pon tak menahan !!

benci KPM ?
sapa KPM tu ??

tak lain tak bukan majikan kitorang la
Kementerian Pelajaran Malaysia
ewah .. ko gila ka yong nk benci majikan ?

tak de la .. tajuk entry ja gempak lebih
lama dah sebnarnya nak up entry ni 
tapi disebabkan connection tenenet-tenet kat rumah ni macam apa lagi, 
maka tertangguhla!

dalam minggu ni riuh rendah seantero jelata warga pendidik
sebab result pertukaran dah keluar
actually yong pon x pernah tengok rupa eg-TUKAR tu
sebab yong posting dkt2 rumah

maka , ramailah yg dapat bertukar & bergumbira sebab boleh balik dok dengan cinta hati masing-masing..yang suamin dapat balik dok dengan anak isteri,begitu juga dengan si isteri.
dalam dok seronok tu,ada pulak yang bujang dapat bertukar ke semenanjung , 
yang bersuami / beristeri terpisah ke sabah-sarawak
tu semua ragam dalam bidang pendidikan

cuma terasa nak up entry bila ada sesetengah pihak yg dah dapat dekat,
satu negeri cuma berlainan daerah masih tak bersyukur..
still nak tukar lagi bagi dekat rumah!
mula la status facebOok yong macam puaka! 
geram weiii !!!

bila yong membebel
orang akan cakap : hang dapat dekat rumah,bising apa ??
dekat pon 40 minit jugak woi nak drive,kalau lewat still merah jugak rekod yong!

Jauh ka,dekat ka,kita kena ingat
semua tu rahsia allah,mungkin sekarang kita tak mengerti
tapi,hakikatnya,allah rancang segala yang terbaik buat kita

teringat yong dengan seorang sahabat dari kedah
1st masuk maktab dapat sarawak
time tu anak dia lahir tak cukup bulan
still dalam incubator
buat rayuan untuk balik semenanjung tak kisahla negeri mana 
sekalipun johor,kelantan , terengganu
still tak dilayan oleh kementerian
depa bagi dia dok KUCHING 
atas alasan senang nak naik flight balik semenanjung

dalam setahun tu berulang alik naik flight macam naik bas
kewangan korang paham2 la sendiri sebab time tu masih makan elaun,rm 1,800
still tak merungut .. even dalam hati dia menangis sangat-sangat!


hurm ...




23 May 2014

DAH RINDU !!!!



Assalamualaikum..
Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Hujung minggu ni,spend time kat sekolah la
Tapi bukan sekolah yong..
Ada perkhemahan Puteri Islam di Parit Buntar ni



Malam tadi tido sini
Dah rindu kat si kecik tu



Actually,kami bahagi tugas
Petang semalam ada sorg cikgu datang hantar budak2 
sekolah kami,so yong stay dengan diorang malam tadi
Hehe..tak da la nightmare dah sebab ce-e-gu tido 
dalam bilik khas.Siap dengan ekon bagai .. hihiii

Ok.. nak balik dah
Lepas maghrib ni datang balik sebab turn i utk hari ni dah habis..
nanti yong upload gambar lagi!

16 May 2014

HARI GURU 2014 : TAHUN KE 3 BERKHIDMAT!


Assalamualaikum

Alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

16 Mei 
Hari yang sempoi untuk para guru
Ada yg kata 
syok sendiri punya perayaan
ye la ,, sendiri bikin,sendiri nyanyi,sendiri main

well..apa2 pun
itulah harinya untuk kami para pendidik 
bermesra dengan anak2 pelajar

jom layan gambar2 di hari kejadian ~

















sekian ..



15 May 2014

TEMA HARI GURU 2014


Assalamualaikum

hari ni yong nak berEntry mengenai HARI GURU
al-maklumlah .. yong pon seorang guru
Jumaat ni HARI GURU kan ..
korang tau tak apa tema Hari Guru tahun 2014 ni ??





MAKSUD TEMA HARI GURU 2014

Merujuk Surat Pemberitahuan KPM, definisi dan huraian tema Hari Guru tahun ini, iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi adalah seperti berikut:

DEFINISI
  • GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai. 

HURAIAN
  • Tema Hari Guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
  • Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
  • Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
  • Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.


SELAMAT HARI GURU
YONG UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

p/s : Jumaat ni nyanyi lagu KAMI GURU MALAYSIA dgn penuh semangat tau~

13 May 2014

ANAK MERAGAM !!


Assalamualaikum ..

hari ni nak berEntry pasal anak yong pulak
2-3 hari ni meragam ja dia
biasa la anak kecil ni..makin membesar,makin banyak perangai~
hihi..

alkisahnya ..
petang Isnin tu yong ke Tesco Kamunting 
sebab deliver barang SHAKLEE kat member
area magrib kami singgah makan kt medan BOMBA & terus solat di masjid
on d way balik ke rumah
mula la dia meragam ..
nangis tak henti , sibuk nak dok atas ummi dia
padahal tok dia ada dok blakang , dia x mo
tak makan pujuk!!

ah , sudah...
ummi nak bawa kreta , jauh lagi perjalanan~
ada dalam 40 minit lagi ..
yong pon berhenti dekat SHELL
beli air kotak , dgn harapan dia akan senyap
tak jugak!

last-last bawak jugak kreta
tok dia pon mula nak murka
dia jerit lagi kuat

elok masuk kawasan kampung ja
dia makin diam ..
amboi ..
masuk kawasan trus diam!

alahai anak ummi
jangan la buat perangai camni 
kalau asyik nangis , camna ummi nak bawa lagi 



nah .. gambaq siti zubaidah ..
hihi .. lena xmau masuk dlm buai~

SEGMEN : SAYA NAK FULL DESIGN BLOG



Salam alaik~

ha tu dia .. lama tak cakap bahasa oarng kampung kat arab nuh
haha.. petang2 ni nak join segmen full design blog la pulok~



Syarat dia senang je:

  1. Jangan cerewet sangat. Okay, ditekankan, jangan cerewet sangat.
  2. Ceritakan pasal design impian korang, nak berkerawang ke, nak ada Hello Kittie ke, nak ada gambar korang ke nak macam si polan ke, nak macam kat blog si polan ke (bagi link) or whatever la. Selagi korang tak suruh Fifi follow 100% design orang, inshaallah, Fifi akan cuba buat.

      ok .. yong x kisah camna pon design tuh..asalkan sweet2 ada ciri2 keibuan..
      sebab yong kan mommy..hahah.xpayah crowded bagai,buat simple sajo~

3.Bagi url blog yang nak diedit kat bawah sekali dengan cara kontek korang.

   cara kontek : emel : flizzy86@gmail.com  -  whatsapp : 0192638675

4. Siap!

1st GA by Mieyza Roslan



Salam ..

Sori ye readers.. hari ni nak buat entry pasal GA ja ..

haha .. lama x buat keja camni tau
maklom la..sejak jadi ibu2 ni

okey .. meh kita join GA Mieza Roslan ni


klik ja kalau korang pon nak join..
jgn malu2 okey~

Hadiah:

1. Hadiah utama kasi surprise sikit, hadiah MISTERI bernilai RM 50.
2. 3 Hadiah saguhati berupa kredit telefon bernilai RM 30, RM 20, dan RM 10

Jom join!



Segmen Blog Review



assalamualaikum

hari ni hari cuti ..
cuti apa ??

wesak day la .. walaupon yong tak menyambutnya
ada la tempias kawan2 yg sambut
so dapat la cuti skali ..keh keh

alang2 BW hari ni,jom nk join BLOG REVIEW plak~



korang yang nak join jugek
sila klik banner cantik tu ~



12 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

petang2 syahdu camni
sambil berBlogwalking,terjumpa plak GIVEAWAY ni
maka,dengan rajinnya yong mengeJoinkan diri
hihii



Follow Blog :


Like Page :
 

 
 
        


Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :


34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Ha .. apa lagi ^^ 34 ORANG PEMENANG DICARI .. Harap2 nama yong boleh la landing dalam tu ye..hihiii.Jom kita meriahkan GIVEAWAY ni~

10 May 2014

WANITA ITU ....




Wanita itu ..
Saat lahirnya menceriakan seisi keluarga
Saat membesar , dilimpahi kasih sayang ayahanda dan bonda

Wanita itu
Saat dirinya dinikahi
Sepenuh hatinya adalah untuk yang berHak
Untuk suaminya lah jua segala kasih sayang nya

Wanita itu
Saat bergelar ibu
Kasih sayangnya dicurahkan kepada anak-anaknya

namun
bahagiakah andai saat lahirnya dikatakan sebagai beban
bahagiakah dirinya andai tidak mendapat kasih sayang yang sempurna daripada keduanya

berHak kah suaminya 
andai sepanjang perkahwinan yang ada hanya sekadar pendustaan

Bahagiakah andainya segala kasih yang tercurah dipersiakan ??


p/s : petang2 time hujan nak sentimental sikit !!

08 May 2014

03 May 2014

PhotoBook untuk Siti Zubaidah !!!!



assalamualaikum

entry kali ni nak story pasal GROUPON
apa dia groupon ni ??

Actually yong pon baru berjinak-jinak dengan groupon
tu pon kes member2 dalam grup whatsapp dok inform 
buat photobook murah gilerrr !!

so far groupon ni memang port korang nak shoping online bagai
even nak beli tiket melancong or makan2 leh dapat banyak diskaun
belian secara online
guna maybank online pon boleh if takdak kredit card bagai !

cer klik sini klu still tak paham menda groupon tuh




Kisahnya bila kawan2 inform bab buat photo book
RM9 sahaja daripada harga asal RM 79
postage just RM8

depa punya la dok pumpang - pumpang story beli itu ini
yong plak dok sibuk mohon pencerahan sebab memang zero bab groupon
yong tanya adik menda apa tu
dia tanya balik : kak long nak beli apa
yong inform la nak buat photobook tu 
padahal time tu xdok depan PC pon tu pasal xtau apa!
malas nk buka guna tab sebab line dingdong sikit

Then bila dah bukak PC baru la tahwan apa kebenda groupon tu
macam2 ada..jakun sat
maklumla..dh lama x keep in touching dgn on9 shoping 
dok on9 bab bisness ja sebab dok meniaga supliment ^^

maka .. yong pon godek2 la web groupon tu
memang rambang mata laaa
album2 tu harga memang mencanak2
rm200 lebih,100 lebih diskaun hampir 70-80 %
yong purchase 1 album yg kecik, 6 x 6
hajat tu nak la buat album untuk anak yong
ye la,sejak2 kamera canggih manggih ni
malas plak pergi cuci gambar~
means dari lahir x da langsung gambar dia yg dok dalam album
semua dok dalam PC , dalam tab tu!

harga ?
RM 9 sahaja dari harga asal RM 79
just add on RM8 untuk postage
murah woi !!!

Bila dah beli tu,yong customize sendiri la nak boh gambar apa,ayat apa
tu pon ada jugak yg terlepas pandang
actually,buku tu template utk MOTHER
yong ejas la nak buat untuk anak
kata-kata pon delete la yg x sesuai
tengok2 frontpage x delete
ingatkan corak2 rupanya dia tulis 'mother'
kantoi la sikit .. for a very speacial 'mother'
padahal ayat bawah ejas dah nama anak!

sabo je la labuuuu

bila dah edit page setiap helaian untuk photobook tu
yong submit design
and tunggu diorang print & hantar
Nak dijadikan cerita,hari isnin yong berkursus di PPD KERIAN
abg GD-Express call tanya alamat rumah sebab dia xtau jalan
delivery man yang sepatutnya deliver tu x kerja so dia kena ganti
memang tak tau kawasan la jawabnya!
so,memandangkan area PPD tu mmg ada GD-Express,yong minta dia dtg hantar situ je,senang cerita.tak payah awang tu sesat dalam kampung!

tara ...
sampai la album yang dinanti
40 muka surat
kertas kualiti terbaikk!!
berbaloi2 .. dan dan tu rasa rugi x beli lebih!





cantik kan !!!