20 April 2014

GA Nurul Yui Collection

5:40 PM 2 Comments

assalamualaikum

mari ber GA
segmen kali ni dari YUI


GA tamat : 24/4/2014

korang yang nak join GA tu,jgn malu jgn segan
klik ja banner kat atas tu ^^

hadiah ?

1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( DiGi/Maxis/Celcom )

jom !!!!
meriahkan GA ni ~




:: skinCAre : pakai NUTRIWHITE plak !!!! ::

1:33 AM 0 Comments



assalamualaikum

alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM dan IMAN

ehem.. petang2 yang lemau ni menggagahkan diri utk buat entry.
Mengantuk sungguh aih!

ok .. petang ni nak story - mory pasal produk penjagaan muka yang yong guna . 
Ala-ala product review gittew..
since 10 april tu yong consume NUTRIWHITE from SHAKLEE
untuk maklumat produk , korang boleh klik link di sini 

Nutriwhite ni ada banyak , pencuci , toner bagai
yong guna Gentle Deep Foaming Cleanser
sebab yong ni bukan la rajin sangat nak touch up muka ni
memandangkan setiap hari dok basuh muka,
so tak kisah sangat la kalau guna pencuci muka Nutriwhite ni.



Ni antara fungsi Foaming Cleanser ni :

~Membersih dan menyegarkan kulit
~Rumpai laut menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit
~Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit
~Strawberri Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
~Lembut dan menyegarkan

Kalau ambil suplimen , pokok pangkal kena la istiqamah
jangan nak hasil cepat sajo
betoi dak ?

as for me .. 
dalam lebih kurang 10 hari consume Foaming Cleanser ni
yong rasa muka kurang berminyak
and part paling best yang tepi2 hidung tu kurang dah berkerak
( most woman will understand this terms )
kerak2 tu ada tepi hidung , kena slalu pucit baru la rs kosong area tepi hidung tu
kalau x buang , bila sapu bedak @ foundation mula la nak tebal semacam tepi hidung tu
adoila...tensen wo!!
ahaks.. bukan apa , slalu dok guna pore-pack nk 
bagi hilang bintik2 hitam & bintik putih tu
skarang rasa mcm no need dah

depa kata 1 tiub pencuci muka tu tahan ke 9 bulan
yong pon nak tgk brapa lama tahan pencuci muka ni
sebab kalau nak tau
part yang best nya 
tak payah picit byk2
tonyoh2 dgn air,berbuih sakan dah
bila lepas cuci rasa best sgt
sejuk2 nyaman

haish
korang pon kena try !!!

16 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

8:01 PM 0 Comments

assalamualaikum

ha .. tudia 
buntang mata yong tengok GA ni
memang suka sangat !!

al maklumlah ..lama tak ber-blogging & mengedit2 ni
bab edit bagai ni memang hancus
jadi .. sangat laaa berharap utk menang 
agar kemetot chomel @ una boleh edit blog yong
bahaha .. harapan tinggi woo!



korang nak join ??

jangan segan2 , klik banner GA tu

mudah sangat syaratnya ^^

wish me luck ye kawan2 ~


13 April 2014

:: bercuti ke Terengganu !! ::

9:09 AM 2 Comments


assalamualaikum

hari ni nak buat entry ttg percutian plak
rasanya dah lama tak update pasal percutian

utk pengatahuan , percutian yong ni taraf biasa - biasa saja
ye la .. yong bukan orang kaya 
so , entry ni ala 2 je
dont aspect nak dok hotel 5 stars bagai
makan pon kedai2 biasa saja

oooorang biasaaa
baaasikal tua ( ececeee )

percutian ni pon on the spot jugak 
sbb asalnya tak kompom nak pergi or tak
ayah nak pergi kenduri rumah kawan dia
kawan-kawan time askar dulu
so,kira reunion diorang je la
kitorang anak-anak ni follow sajo

balik skolah , lepas jumaat trus kitorang gerak ke KL sbb adik nak join
tidur semalam kat bangi , 
then pagi2 sabtu drive masuk pahang and trus ke DUNGUN
lepas makan kenduri kitorang ke kuala terengganu
ye la,port nk jalan2 kat sana banyak
( kemain ja padahal tak jalan sgt pon! )

disebabkan kitorang punya holiday ni unPlanned
so .. gelabah la mencari homestay
memula kawan ayah cakap nak carikan
tp biasalah,tuan kenduri
tak sempat nak cara pun

sepanjang2 kuala ibai dah sibuk adik telefon segala mak nenek homestay yg ada tepi2 jalan tu..cuak wo sebab hujung minggu , start cuti skolah pulak tu 
memang cari punca nk tidur dalam alza la jawabnya

call punya call
alhamdulillah 
dapat 1 homestay
kitorang ambil utk stay 1 malam
just family , and bilik dia okey
ambil 1 bilik rm60 sahaja
ayah & adik tidur kt lantai
owner dia bagi tilam extra laaaa









jom layan port yang kitorang melawat








actually banyak jugak port yang tak sempat ambil gambar
dah berumur ni macam malas pulak
ceeewah!




12 April 2014

Hadiah Giveaway

5:34 PM 1 Comments


Assalamualaikum

Alhamdulillah , masih bernyawa hingga ke saat ini 
dlm nikmat Islam & Iman

Amboi .. dok bajet malam2 nak update entry , rupanya tak sempat
al maklumlah dah ada anak kecik ni..hihii ( alasan dak ? )

okey .. yong dah pos hadiah utk pemenang GA hari tu
moga selamat sampai
masih ada sorang lagi yg tak respon
buzy jgk kot or terlepas pandang

tak pa.. tempoh by end of this month

so PLEASE .. kontek yong cepat !

04 April 2014

Resepi : Ayam Goreng Bercili

3:53 PM 1 Comments


assalamualaikum

Rasanya lama dah tak berEntry mengenai makanan & masakan
sekali-sekala kita tukar menu entry blog pulak!
Rasa-rasanya last entry pasal menu makanan ni ialah NASI ARAB

ni cerita semalam
balik sekolah , terus ke dapur tolong mak memasak
tak da yg special 
tapi naaaak jugak share dgn korang semua




actually resepi ni simple sajooo

bahan-bahan :

1. Isi Ayam ( dihiris nipis & jgn terlalu besar )
2. Serai ( 1- 2 batang )**
3. Bawang putih ( 5-7 ulas )**
4. Bawang merah ( 5-6 biji )**
5. Halia**
6. Cabai besar ( 2 biji )**
7. Cabai melaka ( 5-7 biji )**
8. Bawang besar (untuk hiasan)
9. Sayur campur ( yong bubuh brokoli,karot)
10.Perahan asam jawa
11. Garam / kunyit / serbuk cukup rasa

* boleh di ubah mengikut kesesuaian kuantiti isi ayam
Bahan bertanda ** ditumbuk untuk ditumis

Cara - cara :

1. Gaulkan ayam dengan garam & kunyit @ serbuk cukup rasa.
Goreng isi ayam terlebih dahulu hingga agak garing , angkat. 
Minyak yg sama digunakan untuk tumis . 
Minyak sederhana banyak sebab nak bagi berkuah
2. Tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk tadi
3. Masukkan ayam goreng
4. Masukan perahan asam jawa
 ( kalau bayak masam tau! so pandai2 korang la )
5. Masukkan perencah @ garam
yong add on serbuk cukup rasa ^^
6. Masukkan sayur
7. Hiris bawang besar untuk hiasan

tara ... siap !!





02 April 2014

and the winner is....

5:34 PM 4 Comments


assalamualaikum
alhamdulillah
syukur , masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat Islam & Iman

first of all
maaf sangat sebab nk gitau winner Giveaway malam tadi
ropa2 nya tak sempat sebab kalut dengan anak

well.. korang tau la bila dah ada anak nanti

ok ..
straight to the point

yong nak umumkan pemenang Birthday GiveAway by Yong 



Aini Shakinah : Saat hati berbicara 
mulut diam tanpa kata, tangan menari mengukir rasa.


 Nurin Irsalina : Saat hati berbicara..
 selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan.

Chik Myra saat hati berbicara 
hanya pena yang mampu melakarkan suara cinta


tahniah ...
tahniah ... 
tahniah diucapkan kepada para pemenang

ehem ..
sila emel yong :
flizzy86@gmail.com

bagitau 

1. Nama :
2. Alamat :
3. No telefon
4. Pemenang ke ...
 
cepat claim hadiah ye !!!


mmmuah !

kepada yg lain
terima kasih sudi join GiveAway yong 

okei 
as for me ..

 Saat Hati Berbicara .. 

Pena menari menulis rasa



01 April 2014

Pemenang Giveaway ... ehemmm

10:32 PM 1 Comments
assalamualaikum

jeng jeng jenggg

seperti dijanjikan ...
tamatnya bulan mac maka berakhir lah GIVEAWAY yong

jom 
nak list down jawapan-jawapan 
dari peserta GIVEAWAY

1. Chik Myra saat hati berbicara hanya pena yang mampu melakarkan suara cinta

2. Nur Hazlin HusseinSaat hati berbicara maka terukirlah kalimah cinta melalui pena ilusi .

3. Maryam Jamilah : Saat Hati Berbicara Terukirlah Kisah Antara Kita Berdua.

4. Nurin Irsalina : Saat hati berbicara.. selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan.

5. Karimah Zulkafali Saat hati berbicara, aku berharap #MH370 kembali ke pangkuan Malaysia. Ameen :)

6. Mastura Aziz Saat Hati Berbicara aku menjadi terkejut.mau mati rasanya..tak pernah melihat hati bisA bERBICARAA...
mana ada hati berbicara...hahhaa

7. Shafyqah Azri  : Saat hati berbicara dua hati menjadi satu.

8. Faizal Muhammad : Saat hati berbicara..Tangan mula mengorak langkah menulis bait-bait indah di blog kesayangan

9. Azman Arsad SAAT HATI BERBICARA... MULUT TERKUNCI MENYIMPAN RAHSIA..


10. Nur Sharwani :  Saat hati berbicara ,minda mula memberontak sekeras batu


11. Fatin Roslan Saat hati berbicara, aku termenung nun di jauh sana


12. Mea Away : Saat Hati Berbicara..Saat itu jugak akal fikiran akan bertanya "Betol ke?"


13. Anisyamir Leejo : Saat hati berbicara lidah hanya terkelu, bibir sahaja yang

hanya mampu mengukir senyuman.

14. Precious Cla : Saat hati berbicara aku tidak akan pergi, dari semula kau adalah alunan muzikku 


15. Aini Shakinah Saat hati berbicara mulut diam tanpa kata, tangan menari mengukir rasa.


 16. Nurul Nasuha : SAAT HATI BERBICARA LIDAH TERKELU TIADA BICARA



17. Eyqa Yushaiza : Saat Hati Berbicara..

 biarlah ia memuja kebesaran sang Pencipta :)


18. Badariah Kakak : saat mata berbicara biarlah berzikir dan berselawat keatas Rasulullah




jeng jeng jeng

.

...


.....


.......


...........



yong akan umumkan malam ini 

in sha allah ^^