02 September 2013

resepi nasi arab



Assalamualaikum..
Ahlan wasahlan ke blog yong yang dah agak bersawang
Maklumla,lama x post entry..

Hari ni nak buat entry pasai nasi arab.
La ni nak makan nasi arab x gaduh nak p negeri arab
Kat malaysia ni rata cerok ada kedai nasi arab

Pasni pi kedai pun x gaduh dah
Sebab??
Boleh buat sendiri...
Jom yong bagi resepi^^




Bahan2 :


Beras basmathi mengikut sukatan yang anda mahukan.
( untuk resepi yong,3 pot beras )
- Basuh dan rendam lebih kurang sejam,toskan

Bahan tumis :

Bawang putih
Bawang merah
Halia

Carrot , kismis




Rempah kabsah



Jintan manis*
Jintan putih*
Ketumbar*
Lada hitam*
Buah pelaga*
Serbuk kunyit
Serbuk cili

Goreng tanpa minyak bahan bertanda * lebih kurang 5 minit
Pastu blend..hasilnya..

( yong masukkan bahan2 secara pukal,sukatan dalam 5sudu.bila blend kita boleh simpan dlm bekas..)




Cara-cara :

1. Tumiskan bawang putih,bawang merah,halia yang ditumbuk
    - xperlu masukkan bunga lawang,kulit kayu manis sbb akan jadi nasi    
      beriyani.
    - tumis guna minyak+marjerin skit..sedapp baunya..

2. Masukan sesudu besar rempah kabsah yang kita bled tadi

3. Masukkan air.
    Kalau sukatan beras tadi 3 pot,masukkan ait 3 pot guna sukatan yang sama

4. Masukkan carrot yang dicincang comei dan kismis.add on sesedap rasa anda

5. Masukkan beras yang ditoskan tadi

6. Tutup periuk , tunggu nasi masak


** yong guna rice cooker,tumis atas dapur dulu.bila dah masukkan beras lebih kurang 5 minit,angkat rise cooker masuk dalam bekas dia,and biar dia masak guna elektrik plak..hihi..jangan lupa kacau elok2 time tumis tu untuk elakkan nasi berkerak!

Okei..done resepi nasi arab.
Untuk lauknya,terpulang pada anda ^^