28 October 2010

:: lelaki semakin G.A.N.A.S ??? run for ur life !!! ::

... salam alaik ..

alhmdulillah,msh bnyawa hingga ke saat ini dlm nkmat ISLAM & IMAN



yup..begitulah tajuk entry yong kali nih..
rasanya majoriti antara kita dh baca brita tntng
stdent UITM y kena belasah dgn her so-called-boyfriend..

KOTA BHARU – Seorang pelajar perempuan tidak sempat menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara cawangan Machang akhir Disember ini kerana sudah lapan hari koma apabila dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya.

Hizrien Ieraqeen Haberi, 21, pelajar semester akhir Diploma Perbankan itu dipercayai dipukul oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai ‘Lan’ berasal dari Tumpat di rumah sewanya pada Khamis lalu jam kira-kira 10.30 malam.

Bapanya, Haberi Hamzah, 49, berkata, mengikut apa diceritakan salah seorang rakan anaknya itu, teman lelaki anaknya datang ke rumah sewa tersebut untuk mengambil barangan yang pernah diberikan kepada Hizrien.

“Tiba-tiba lelaki tersebut yang pada awalnya berdiri di pintu masuk rumah meluru masuk ke dalam bilik Hizrien ketika anak saya hendak mengambil barang tersebut dan menutup pintu bilik tersebut.

“Kemudian rakan-rakannya terdengar suara Hizrien mengadu kesakitan, dan tiba-tiba lelaki itu keluar meluru dari bilik dan melarikan diri,’’ katanya ketika ditemui di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam.

Beliau yang bekerja sebagai juruteknik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UMK) berkata, mengikut siasatan polis, teman lelaki Hizrien dipercayai menghentak kepala anaknya itu beberapa kali ke lantai dalam keadaan anaknya terbaring.

Haberi berkata, tiada pendarahan yang kuat berlaku tetapi menurut pihak hospital anaknya itu mengalami luka dalaman teruk hingga diklasifikasikan berada di tahap keempat yang tidak stabil dan memerlukan masa sehingga tiga atau empat bulan untuk sedar dari koma.

Menurutnya yang menetap di Semenyih, Selangor, rakan-rakan anaknya telah pun membuat laporan di Balai Polis Machang dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mencari lelaki yang berusia 25 tahun itu.

“Sekarang ini saya bercuti panjang, dan isteri saya pun mengambil cuti mengajar tanpa gaji bagi menjaga anak sulung kami ini,’’ katanya yang mempunyai empat orang anak.

Sementara itu, Pegawai Khas Kepada Naib Canselor UiTM, Mohd Aizuddin Datuk Mohd Ghazali berkata, pihaknya memohon pihak polis jalankan siasatan terperinci agar pesalah itu dapat ditangkap dan menerima hukuman.

“Setakat ini keadaan Hizrien masih koma dan apa yang berlaku ini sangat dikesali dan kami berharap ia akan menjadi pedoman kepada pelajar lain,’’ katanya.

Turut hadir lawatan tersebut, Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), Mohd Faizal Daud dan Pengerusi Biro IPT dan Kebajikan, Dr Ariff Hakimi Zulkifli. ( link )


takziah buat family mangsa...
sedey sgt bila anak y ditatang pnuh kasih syg bila dpt KEKASIH diperlakukan ikut suka ati..NAUZUBILLAH la dr golongan lelaki cmni..minta dijauhkan..belum apa2 lagi dah naik tangan..incik2 polis,cpt2 la tgkap laki tuh..

* zaman yong..lelaki diharamkan ke kwsan umah sewa kitorang..
taajub sbb laki ni boleh msuk smp dlm bilik dia...hurm......

0 comments:

Post a Comment